Cafendo
INDONESIA TUANG MBOHANG KOTAK HITAM GULANG 244
INDONESIA TUANG MBOHANG KOTAK HITAM GULANG 244 2
INDONESIA TUANG MBOHANG KOTAK HITAM GULANG 244 3
INDONESIA TUANG MBOHANG KOTAK HITAM GULANG 244 4
INDONESIA TUANG MBOHANG KOTAK HITAM GULANG 244 5

Arkib Kopi

INDONESIA TUANG MBOHANG KOTAK HITAM GULANG 244

Indonesia

  • Single Origin

INDONESIA TUANG MBOHANG KOTAK HITAM GULANG 244 is a coffee from Indonesia, sold by Arkib Kopi (Malaysia). Price: MYR 70.00 to MYR 190.00, depending on the size. That is from MYR 190.00 per kilo.

Not rated yet · Be the first to review it

fromMYR 70.00

≈ MYR 190.00 / kg

Buy from Arkib Kopi

You’ll be taken to the roaster’s shop to complete your purchase.

Roaster based in
Malaysia

Sizes and prices

Coffee SizePer kgPrice
250gMYR 280.00MYR 70.00 ↗
1kgMYR 190.00MYR 190.00 ↗

Description

Gulang - Gulang

Landskap kopi Indonesia terbentang luas merentasi gugusan kepulauannya. Setiap pulau membawa keistimewaan asal usul tersendiri yang membentuk ragam dan watak kopi yang berbeza. Antara wilayah yang menarik perhatian ialah Flores di Nusa Tenggara Timur. Bentuk muka buminya yang bergunung-ganang, tanah gunung berapi yang subur serta keadaan iklim yang sesuai menjadikan wilayah ini tempat yang baik untuk penanaman kopi Arabika. Jauh daripada pesatnya pembangunan kota, penghasilan kopi di sini masih erat dengan alam sekeliling serta usaha masyarakat yang mengusahakannya.

Tuang Coffee merupakan antara penggerak yang membawa nama Flores lebih jauh dalam dunia kopi istimewa. Diterajui oleh sekumpulan anak muda yang tekun dan berpandangan jauh, mereka terus meneroka kemungkinan baharu melalui pemilihan buah kopi yang teliti serta kaedah pemprosesan yang lebih eksperimental. Pengenalan fermentasi anaerobik yang sebelum ini belum diterokai di wilayah tersebut telah membuka ruang kepada dimensi rasa yang berbeza dalam kopi Flores. Dengan memberikan perhatian terhadap kematangan buah dan ketelitian setiap peringkat pemprosesan, Tuang Coffee terus mengangkat mutu kopi tempatan ke tahap yang lebih baik.

Lot dari kampung Gulang adalah salah satu kopi Flores yang hadir dengan rasa recam dan unggul. Di bancuh sebagai kopi turas, Gulang ini mempunyai rasa buah plum dan anggur yang saling menyulan. Kemanisan beri hitam pula semakin teserlaha apabila menikmati kopi ini dengan lebih perlahan. Apabila disajikan sebagai espresso ini menampilkan sisi kemanisan buah merah seakan kranberi  dan juga anggur merah. Aroma dan rasa gula-gula getah pula semakin terselah apabila lama menikmati kopi ini. Disajikan dengan susu, Gulang menambah karakter kopi yang lebih manis dengan nota rasa sarang madu, badam dan cokelat. Rasa akhir buah merah membuat ia seakan menikmagi gula-gula merah yang melengkap pengalaman menikmati Gulang. Lot Gulang 244 memberikan dimensi dan makna baru menikmati kopi Flores, 

Penghasil Kopi

Kopi sering kali dinilai melalui apa yang terhidang di dalam cawan. Namun, di sebalik setiap tegukan, tersimpan sebuah perjalanan yang jauh lebih panjang. Bermula daripada tanah tempat pohon tumbuh, tangan yang memetik buahnya, hinggalah kepada penelitian dalam setiap peringkat pemprosesan. Bagi Tuang Coffee, kopi bukan sekadar minuman pahit atau hasil dagangan semata-mata. Ia merupakan hasil alam yang mempunyai pelbagai kemungkinan untuk diterokai. Berteraskan rasa ingin tahu dan kesungguhan untuk terus belajar, mereka meneliti setiap unsur yang membentuk karakter kopi, daripada varieti dan keadaan tanah hinggalah kepada kaedah fermentasi. Melalui pendekatan ini, Tuang Coffee berusaha memperlihatkan kopi sebagaimana sifat asalnya, iaitu sejenis buah yang menyimpan kerencaman rasa dan keistimewaan tersendiri.

Perjalanan Tuang Coffee bermula di wilayah Manggarai yang subur di Flores, Indonesia. Di sini, mereka menjalinkan kerjasama erat bersama para petani tempatan bagi menghasilkan kopi yang bermutu tinggi. Melalui kerjasama ini, Tuang Coffee menyediakan kemudahan serta prasarana pemprosesan yang diperlukan agar para petani tidak perlu menanggung beban kos tambahan. Usaha tersebut membuka peluang kepada petani untuk meningkatkan nilai hasil tuaian mereka. Kopi yang dahulunya sering dianggap sebagai hasil pertanian biasa dengan rasa pahit kini diberi perhatian melalui pemprosesan yang lebih teliti sehingga menghasilkan kopi istimewa dengan karakter tersendiri. Bersama-sama, mereka berusaha menyerlahkan potensi yang tersimpan dalam setiap buah kopi.

Lot dari Kampung Gulang merupakan antara hasil kopi Flores yang hadir dengan kerencaman rasa dan keistimewaan tersendiri. Apabila dibancuh sebagai kopi turas, Gulang memperlihatkan gabungan rasa buah plum dan anggur yang saling melengkapi. Kemanisan beri hitam pula semakin terserlah apabila dinikmati perlahan-lahan, lapis demi lapis. Apabila disajikan sebagai espresso, Gulang menampilkan sisi yang berbeza dengan kemanisan buah merah seakan kranberi dan anggur merah. Aroma serta rasa gula-gula getah mula terserlah seiring dengan setiap tegukan. Bersama susu, karakternya berubah menjadi lebih lembut dan manis, dengan bayangan rasa sarang madu, badam dan coklat. Kemasan buah merah yang berpanjangan meninggalkan rasa seakan gula-gula merah yang melengkapkan pengalaman menikmati kopi ini. Lot Gulang 244 membuka satu lagi sisi keistimewaan kopi Flores, sebuah cawan yang memperlihatkan betapa luasnya kemungkinan rasa dalam setiap hasil tuaian apabila diberi perhatian dan ruang untuk berkembang.

    • Markah Aras Kopi 87.50mt

      Haruman
      anggur, kulit oren, jambu batu pink, limau purut, tembikai susu

      Aroma
      karamel, strawberi, vanila

      Nota Rasa
      kismis, anggur, epal hijau, tembikai madu, jambu batu, tembikai susu, pir

      Rasa Akhir
      lembut, rasa yang halus

      Keasidan
      sederhana | tartaric > malic  asid, rasa yang tajam dan segar

      Jasad
      sederhana tinggi | sirap, rasa yang seimbang

      Keseimbangan
      rencam, berkembang secara berperingkat, berlapis-lapis

      Keseluruhan
      rasa kopi yang bersih menimbulkan rasa kopi yang elegan dengan nota rasa yang kompleks
    • Roasting Schedule

      Roasting on every day from Monday to Thursday
      Cut-off order 3:00 p.m. a day before processing begins.

      Retail and Wholesale Delivery
      Retail order on the next working day

      Delivery will be made on the next processing working day once your order is roasted or ready.
1 / of 2

Questions about INDONESIA TUANG MBOHANG KOTAK HITAM GULANG 244

Where does INDONESIA TUANG MBOHANG KOTAK HITAM GULANG 244 come from?

It comes from Indonesia.

How much does INDONESIA TUANG MBOHANG KOTAK HITAM GULANG 244 cost?

Price: MYR 70.00 to MYR 190.00, depending on the size. That is from MYR 190.00 per kilo. Prices come from the shop and can change; the shop has the current ones.

Where can I buy INDONESIA TUANG MBOHANG KOTAK HITAM GULANG 244?

In the online shop of Arkib Kopi: the prices on this page link to it. According to its shop, it delivers to Malaysia, Brunei, China, Hong Kong SAR China, Indonesia, Philippines and 3 other countries. Cafendo does not sell coffee itself.

Reviews

No reviews yet.

    Write a review

    Your rating
    What did you taste? (up to 5, optional)

    You can review each coffee once; sending again replaces your earlier review.

    Picked from other roasters for a shared origin, process, roast, tasting notes and price. Coffees that the same people saved or rated highly count the most.

    Report this listing

    Cookie settings

    Choose what Cafendo may use. You can change your mind at any time from “Cookie settings” at the bottom of every page. Cookie policy