Cafendo
INDONESIA TUANG MBOHANG KOTAK HITAM LOT 6642
INDONESIA TUANG MBOHANG KOTAK HITAM LOT 6642 2
INDONESIA TUANG MBOHANG KOTAK HITAM LOT 6642 3
INDONESIA TUANG MBOHANG KOTAK HITAM LOT 6642 4
INDONESIA TUANG MBOHANG KOTAK HITAM LOT 6642 5

Arkib Kopi

INDONESIA TUANG MBOHANG KOTAK HITAM LOT 6642

Indonesien

  • Single origin

INDONESIA TUANG MBOHANG KOTAK HITAM LOT 6642 er en kaffe fra Indonesien, som sælges af Arkib Kopi (Malaysia). Pris: 70,00 MYR til 190,00 MYR, afhængigt af størrelsen. Det svarer til fra 190,00 MYR pr. kilo.

fra70,00 MYR

≈ 190,00 MYR / kg

Køb hos Arkib Kopi

Du føres til risteriets webshop for at gennemføre dit køb.

Risteri med base i
Malaysia

Størrelser og priser

IndholdPr. kgPris
250g280,00 MYR70,00 MYR ↗
1kg190,00 MYR190,00 MYR ↗

Beskrivelse

Abad 21

Landskap kopi Indonesia terbentang luas merentasi gugusan kepulauannya. Setiap pulau membawa keistimewaan asal usul tersendiri yang membentuk ragam dan watak kopi yang berbeza. Antara wilayah yang menarik perhatian ialah Flores di Nusa Tenggara Timur. Bentuk muka buminya yang bergunung-ganang, tanah gunung berapi yang subur serta keadaan iklim yang sesuai menjadikan wilayah ini tempat yang baik untuk penanaman kopi Arabika. Jauh daripada pesatnya pembangunan kota, penghasilan kopi di sini masih erat dengan alam sekeliling serta usaha masyarakat yang mengusahakannya.

Tuang Coffee merupakan antara penggerak yang membawa nama Flores lebih jauh dalam dunia kopi istimewa. Diterajui oleh sekumpulan anak muda yang tekun dan berpandangan jauh, mereka terus meneroka kemungkinan baharu melalui pemilihan buah kopi yang teliti serta kaedah pemprosesan yang lebih eksperimental. Pengenalan fermentasi anaerobik yang sebelum ini belum diterokai di wilayah tersebut telah membuka ruang kepada dimensi rasa yang berbeza dalam kopi Flores. Dengan memberikan perhatian terhadap kematangan buah dan ketelitian setiap peringkat pemprosesan, Tuang Coffee terus mengangkat mutu kopi tempatan ke tahap yang lebih baik.

Mbohang Lot 6642 merupakan antara hasil yang cukup berkesan dalam memperlihatkan keistimewaan kopi dari Flores. Apabila dibancuh sebagai kopi tapis, cawannya dibuka dengan karakter buah gelap yang jelas. Rasa beri hitam yang seakan wain hadir bersama kemanisan buah tin yang sedikit masam manis serta lapisan kismis. Apabila suhu kopi mula menurun, kelembutan manis tembikai mula terserlah dan memberikan dimensi tambahan pada cawannya. Karakter buah tin dan kismis turut kekal apabila disediakan sebagai espresso, diakhiri dengan kemasan rasa seakan wain yang berpanjangan. Apabila digandingkan bersama susu, wataknya berubah kepada kemanisan yang lebih dalam dengan rasa mentega coklat, sirap maple dan coklat gelap. Sebuah kopi yang memperlihatkan kepelbagaian karakter serta kedalaman rasa yang mengagumkan. Bagi kami, Mbohang merupakan antara kopi Flores terbaik yang pernah dirasai.

Penghasil Kopi

Kopi sering kali dinilai melalui apa yang terhidang di dalam cawan. Namun, di sebalik setiap tegukan, tersimpan sebuah perjalanan yang jauh lebih panjang. Bermula daripada tanah tempat pohon tumbuh, tangan yang memetik buahnya, hinggalah kepada penelitian dalam setiap peringkat pemprosesan. Bagi Tuang Coffee, kopi bukan sekadar minuman pahit atau hasil dagangan semata-mata. Ia merupakan hasil alam yang mempunyai pelbagai kemungkinan untuk diterokai. Berteraskan rasa ingin tahu dan kesungguhan untuk terus belajar, mereka meneliti setiap unsur yang membentuk karakter kopi, daripada varieti dan keadaan tanah hinggalah kepada kaedah fermentasi. Melalui pendekatan ini, Tuang Coffee berusaha memperlihatkan kopi sebagaimana sifat asalnya, iaitu sejenis buah yang menyimpan kerencaman rasa dan keistimewaan tersendiri.

Perjalanan Tuang Coffee bermula di wilayah Manggarai yang subur di Flores, Indonesia. Di sini, mereka menjalinkan kerjasama erat bersama para petani tempatan bagi menghasilkan kopi yang bermutu tinggi. Melalui kerjasama ini, Tuang Coffee menyediakan kemudahan serta prasarana pemprosesan yang diperlukan agar para petani tidak perlu menanggung beban kos tambahan. Usaha tersebut membuka peluang kepada petani untuk meningkatkan nilai hasil tuaian mereka. Kopi yang dahulunya sering dianggap sebagai hasil pertanian biasa dengan rasa pahit kini diberi perhatian melalui pemprosesan yang lebih teliti sehingga menghasilkan kopi istimewa dengan karakter tersendiri. Bersama-sama, mereka berusaha menyerlahkan potensi yang tersimpan dalam setiap buah kopi.

Pohon kopi diusahakan secara organik pada ketinggian antara 1,400 hingga 1,700 meter dari aras laut. Tumbuh subur di tengah persekitaran pertanian yang turut ditanami keladi, ubi dan pohon pisang. Setiap biji kopi melalui proses pemilihan dan pemprosesan yang teliti dengan mengambil kira varieti, kaedah serta kampung asal penghasilannya. Pendekatan ini memastikan setiap kelompok kopi mempunyai identiti dan asal usul yang dapat dikenal pasti. Melalui penerokaan kaedah fermentasi yang berterusan, Tuang Coffee berusaha memperhalusi karakter rasa dan hanya membawa hasil terbaik dari Manggarai, Flores. Setiap langkah bukan semata-mata untuk menghasilkan kopi yang lebih baik, tetapi juga bagi menyokong kelestarian pertanian, meningkatkan kehidupan para petani serta membuka ruang kepada segala kemungkinan yang masih tersimpan dalam dunia kopi.

    • Markah Aras Kopi 86.25mt

      Haruman
      kismis, anggur ungu, blackcurrant, coklat dan mawar

      Aroma
      coklat gelap, rosemary, tembakau, ceri berkarbonasi.

      Nota Rasa
      kacang tanah panggang, ceri hitam, sirap mawar, teh hitam, gula hitam, coklat pahit manis, mulberi, rum

      Rasa Akhir
      pekat melekat pada lelangit, panjang sambil berpanjangan.

      Keasidan
      sederhana tinggi | phosphoric > tartaric, rencam, berkembang secara berperingkat.

      Jasad
      sederhana tinggi | sirap, lembut seperti baldu

      Keseimbangan
      rencam, berkembang secara berperingkat, berlapis-lapis

      Keseluruhan
      rasa ceri hitam yang pekat dan menyerlah, disertai tekstur baldu yang halus serta rasa akhir yang panjang dan berbekas pada lelangit.
    • Roasting Schedule

      Roasting on every day from Monday to Thursday
      Cut-off order 3:00 p.m. a day before processing begins.

      Retail and Wholesale Delivery
      Retail order on the next working day

      Delivery will be made on the next processing working day once your order is roasted or ready.
1 / of 2

Spørgsmål om INDONESIA TUANG MBOHANG KOTAK HITAM LOT 6642

Hvor kommer INDONESIA TUANG MBOHANG KOTAK HITAM LOT 6642 fra?

Den kommer fra Indonesien.

Hvad koster INDONESIA TUANG MBOHANG KOTAK HITAM LOT 6642?

Pris: 70,00 MYR til 190,00 MYR, afhængigt af størrelsen. Det svarer til fra 190,00 MYR pr. kilo. Priserne kommer fra webshoppen og kan ændre sig; webshoppen har de aktuelle.

Hvor kan jeg købe INDONESIA TUANG MBOHANG KOTAK HITAM LOT 6642?

I webshoppen hos Arkib Kopi: priserne på denne side linker dertil. Ifølge webshoppen leverer den til Malaysia, Brunei, Kina, SAR Hongkong, Indonesien, Filippinerne og 3 andre lande. Cafendo sælger ikke selv kaffe.

Anmeldelser

Ingen anmeldelser endnu.

    Skriv en anmeldelse

    Din bedømmelse
    Hvad smagte du? (op til 5, valgfrit)

    Du kan anmelde hver kaffe én gang; sender du igen, erstatter den din tidligere anmeldelse.

    Udvalgt blandt andre risterier ud fra fælles oprindelse, forarbejdning, ristning, smagsnoter og pris. Kaffe, som de samme personer har gemt eller bedømt højt, tæller mest.

    Anmeld denne annonce

    Cookieindstillinger

    Vælg, hvad Cafendo må bruge. Du kan til enhver tid ombestemme dig under “Cookieindstillinger” nederst på hver side. Cookiepolitik