




INDONESIA TUANG NATI KOTAK HITAM LOT 667
Indonesia
- Single origin
INDONESIA TUANG NATI KOTAK HITAM LOT 667 on kahvi, jonka alkuperä on Indonesia. Myyjä on Arkib Kopi (Malesia). Hinta: 70,00 MYR–190,00 MYR, koosta riippuen. Kilohinta alkaen 190,00 MYR.
Ei vielä arvosteltu · Ole ensimmäinen arvostelija
alkaen70,00 MYR
≈ 190,00 MYR / kg
Sinut ohjataan paahtimon kauppaan ostoksen loppuunsaattamiseksi.
- Paahtimon sijainti
- Malesia
- Toimitusmaa
- Suomi · Paahtimon kauppa ei ilmoita sitä
Koot ja hinnat
| Sisältö | Per kg | Hinta |
|---|---|---|
| 250g | 280,00 MYR | 70,00 MYR ↗ |
| 1kg | 190,00 MYR | 190,00 MYR ↗ |
Kuvaus
Menikmati
Landskap kopi Indonesia terbentang luas merentasi gugusan kepulauannya. Setiap pulau membawa keistimewaan asal usul tersendiri yang membentuk ragam dan watak kopi yang berbeza. Antara wilayah yang menarik perhatian ialah Flores di Nusa Tenggara Timur. Bentuk muka buminya yang bergunung-ganang, tanah gunung berapi yang subur serta keadaan iklim yang sesuai menjadikan wilayah ini tempat yang baik untuk penanaman kopi Arabika. Jauh daripada pesatnya pembangunan kota, penghasilan kopi di sini masih erat dengan alam sekeliling serta usaha masyarakat yang mengusahakannya.
Tuang Coffee merupakan antara penggerak yang membawa nama Flores lebih jauh dalam dunia kopi istimewa. Diterajui oleh sekumpulan anak muda yang tekun dan berpandangan jauh, mereka terus meneroka kemungkinan baharu melalui pemilihan buah kopi yang teliti serta kaedah pemprosesan yang lebih eksperimental. Pengenalan fermentasi anaerobik yang sebelum ini belum diterokai di wilayah tersebut telah membuka ruang kepada dimensi rasa yang berbeza dalam kopi Flores. Dengan memberikan perhatian terhadap kematangan buah dan ketelitian setiap peringkat pemprosesan, Tuang Coffee terus mengangkat mutu kopi tempatan ke tahap yang lebih baik.
Dalam himpunan kopi Flores yang pernah kami terokai, Nati Lot 667 daripada Siri Kotak Hitam merupakan antara lot yang paling dekat di hati kami. Terletak di kawasan tanah tinggi, Kampung Nati mempunyai iklim dan bentuk muka bumi tersendiri yang membentuk karakter kopinya. Apabila dibancuh sebagai kopi turas, cawannya dibuka dengan kemanisan anggur dan plum yang ranum. Rasa buah ara menambah kelembutan manis sementara beri hitam memberikan sentuhan buah gelap yang lebih mendalam. Sebagai espresso, karakternya menjadi lebih pekat dengan rasa ceri hitam, buah ara dan buah-buahan kering yang meninggalkan kemasan panjang. Apabila digandingkan bersama susu, Nati memperlihatkan sisi lebih memikat melalui kemanisan sarang madu, gula-gula merah dan aroma gula-gula getah, dilengkapkan dengan sentuhan coklat yang lembut. Nati Lot 667 merupakan sebuah cawan dengan lapisan rasa yang berkembang mengikut cara penyediaannya. Bagi kami, ia menyerlahkan potensi Flores serta keindahan kopi istimewa Indonesia.
Penghasil Kopi
Kopi sering kali dinilai melalui apa yang terhidang di dalam cawan. Namun, di sebalik setiap tegukan, tersimpan sebuah perjalanan yang jauh lebih panjang. Bermula daripada tanah tempat pohon tumbuh, tangan yang memetik buahnya, hinggalah kepada penelitian dalam setiap peringkat pemprosesan. Bagi Tuang Coffee, kopi bukan sekadar minuman pahit atau hasil dagangan semata-mata. Ia merupakan hasil alam yang mempunyai pelbagai kemungkinan untuk diterokai. Berteraskan rasa ingin tahu dan kesungguhan untuk terus belajar, mereka meneliti setiap unsur yang membentuk karakter kopi, daripada varieti dan keadaan tanah hinggalah kepada kaedah fermentasi. Melalui pendekatan ini, Tuang Coffee berusaha memperlihatkan kopi sebagaimana sifat asalnya, iaitu sejenis buah yang menyimpan kerencaman rasa dan keistimewaan tersendiri.
Perjalanan Tuang Coffee bermula di wilayah Manggarai yang subur di Flores, Indonesia. Di sini, mereka menjalinkan kerjasama erat bersama para petani tempatan bagi menghasilkan kopi yang bermutu tinggi. Melalui kerjasama ini, Tuang Coffee menyediakan kemudahan serta prasarana pemprosesan yang diperlukan agar para petani tidak perlu menanggung beban kos tambahan. Usaha tersebut membuka peluang kepada petani untuk meningkatkan nilai hasil tuaian mereka. Kopi yang dahulunya sering dianggap sebagai hasil pertanian biasa dengan rasa pahit kini diberi perhatian melalui pemprosesan yang lebih teliti sehingga menghasilkan kopi istimewa dengan karakter tersendiri. Bersama-sama, mereka berusaha menyerlahkan potensi yang tersimpan dalam setiap buah kopi.
Pohon kopi diusahakan secara organik pada ketinggian antara 1,400 hingga 1,700 meter dari aras laut. Tumbuh subur di tengah persekitaran pertanian yang turut ditanami keladi, ubi dan pohon pisang. Setiap biji kopi melalui proses pemilihan dan pemprosesan yang teliti dengan mengambil kira varieti, kaedah serta kampung asal penghasilannya. Pendekatan ini memastikan setiap kelompok kopi mempunyai identiti dan asal usul yang dapat dikenal pasti. Melalui penerokaan kaedah fermentasi yang berterusan, Tuang Coffee berusaha memperhalusi karakter rasa dan hanya membawa hasil terbaik dari Manggarai, Flores. Setiap langkah bukan semata-mata untuk menghasilkan kopi yang lebih baik, tetapi juga bagi menyokong kelestarian pertanian, meningkatkan kehidupan para petani serta membuka ruang kepada segala kemungkinan yang masih tersimpan dalam dunia kopi.
-
Markah Aras Kopi 87.25mt
Haruman
cokelat, beri, jambu batu, kismis, beri hitam, cempaka, tembikai susu
Aroma
kismis hitam, ceri hitam, kiwi, daun limau purut
Nota Rasa
oren mandrain, limau purut, ceri berkarbonasi, parut lemon, bunga melati, teh susu, gula2, gula hitam
Rasa Akhir
berlegar-legar, panjang
Keasidan
sederhana tinggi | tartaric > phosphoric, rencam, anggur
Jasad
sederhana tinggi | sirap, rasa yang seimbang
Keseimbangan
rencam, berkembang secara berperingkat, berlapis-lapis
Keseluruhan
rasa ceri gelap dengan sensasi gula2 getah yang enak
-
Roasting Schedule
Roasting on every day from Monday to Thursday
Retail and Wholesale Delivery
Cut-off order 3:00 p.m. a day before processing begins.
Retail order on the next working day
Delivery will be made on the next processing working day once your order is roasted or ready.
Usein kysyttyä: INDONESIA TUANG NATI KOTAK HITAM LOT 667
Mistä tuote INDONESIA TUANG NATI KOTAK HITAM LOT 667 on peräisin?
Alkuperä: Indonesia.
Paljonko INDONESIA TUANG NATI KOTAK HITAM LOT 667 maksaa?
Hinta: 70,00 MYR–190,00 MYR, koosta riippuen. Kilohinta alkaen 190,00 MYR. Hinnat tulevat kaupasta ja voivat muuttua; kaupalla on ajantasaiset hinnat.
Mistä voin ostaa tuotteen INDONESIA TUANG NATI KOTAK HITAM LOT 667?
Myyjän Arkib Kopi verkkokaupasta: tämän sivun hinnat linkittävät sinne. Verkkokaupan mukaan toimitus onnistuu seuraaviin maihin: Malesia, Brunei, Kiina, Hongkong – Kiinan erityishallintoalue, Indonesia, Filippiinit ja 3 muuta maata. Cafendo ei itse myy kahvia.
Arvostelut
Ei vielä arvosteluja.
Jos pidät tästä kahvista, kokeile näitä
Valittu muilta paahtimoilta yhteisen alkuperän, käsittelyn, paahdon, makuhuomioiden ja hinnan perusteella. Eniten painavat kahvit, joista samat ihmiset ovat pitäneet tai joille he ovat antaneet korkean arvosanan.

Più Caffè
più caffè Schümli Royal
21,49 $
VaaleaMiksi: IndonesiaSamanlainen hinta

Tico Coffee Roasters
Flying Dragon
21,00 $
TummaMiksi: IndonesiaSamanlainen hinta

Tico Coffee Roasters
Rialto Espresso
21,00 $
TummaMiksi: IndonesiaSamanlainen hinta
Oetterli Coffee
ORANGUTAN SUMATRA
14,38 $
KeskipaahtoMiksi: IndonesiaSamanlainen hinta

Fire Dept. Coffee
DARK ROAST COFFEE
13,22 $
TummaMiksi: IndonesiaSamanlainen hinta

Vigilante Coffee
Indonesia Kerinci
18,00 $
TummaMiksi: IndonesiaSamanlainen hinta

Stumptown Coffee Roasters
Indonesia Bies Penantan
16,78 $
Miksi: IndonesiaSamanlainen hinta

Compass Coffee
Easting Tin
12,21 $
VaaleaMiksi: IndonesiaSamanlainen hinta

